Home / Bola Sepak / PERAK JUARAI UNITY SHIELD TEWASKAN KEDAH 3-1

PERAK JUARAI UNITY SHIELD TEWASKAN KEDAH 3-1

Gandingan pemain senior ditambah dengan kehadiran pemain import baharu antara kunci kejayaan pasukan Perak untuk menjulang trofi Unity Shield 2020 edisi kedua menewaskan Kedah 3-1 di Stadium Perak Ipoh.

Menurut pengendali The Bos Gaurus Mehmet Durokovic membuktikan Perak telah bersedia mengharungi aksi liga musim 2020 yang akan membuka tirai 28 Februari ini.

Perak membuka tirai jaringan menerusi kapten pasukan Shahrul Saad seawal minit ke-3.

Foto : Darren Liew

Dua minit sebelum tamat babak pertama pemain The Bos Gaurus berjaya mengukuhkan kedudukan hasil jaringan pemain kebangsaan Shahrel Fikri.

Kedah bagaimanapun berjaya merapatkan jurang menerusi Kpah Sherman pada minit ke-68.

Foto : Darren Liew

Namun cubaan untuk Kedah bangkit dilenyapkan jaringan ketiga Perak menerusi Careca pada minit ke-78.

Foto : Darren Liew

Kedudukan 3-1 kekal memihak tuan rumah sekaligus menjulang trofi kejuaraan edisi kedua yang turut menyaksikan Shahrul Saad dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Kemenangan itu juga menyaksikan anak buah Mehment Durokovic berjaya membalas dendam selepas mereka kecundang 0-2 pada aksi sulong kejohanan itu di Stadim Darul Aman tahun lalu.