
Pemain import Perak Namkung Woong dijatuhkan pertahanan T-Team bagi mengekang asakan bertubi-tubi pasukan Perak. Gambar Oleh Syahrul Azhar Rahim / Arena Seladang
IPOH, 17 Mac 2015: Di Stadium Perak, tuan rumah bangkit menerusi pemain import mereka Woong Nam Kung yang menjaringkan dua gol pada minit ke-16 dan 31 membantu Perak menewaskan T-Team 2-1. T-Team pada mulanya berada di depan menerusi Farhod Tadjiev namun ketajaman pemain Perak ini menafikan peluang yang dimiliki oleh T-Team.
Bagaimanapun, aksi di antara kedua-dua pasukan itu menyaksikan pemain Perak, Syazwan Roslan dan pemain T-Team, Mohd. Nor Hakim dilayangkan kad merah.