Home / Lain - Lain / Penyerahan Sijil Harta Intelek Hak Cipta ISN

Penyerahan Sijil Harta Intelek Hak Cipta ISN

Menteri Belia Sukan YB Khairy Jamaluddin menyampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif ISN Dato Dr.Ramlan Abdul Aziz

Menteri Belia Sukan YB Khairy Jamaluddin menyampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif ISN Dato Dr.Ramlan Abdul Aziz

PUTRAJAYA, 12 Mac 2014 : Institut Sukan Negara (ISN) mengorak selangkah kehadapan sebagai peneraju Sains, Perubatan & Teknologi Sukan apabila 2 hasil ciptaan ISN telah berjaya mendapat sijil harta intelek hak cipta iaitu Strategic Analysis Tool for Badminton (BStAT) ciptaan En. Kokum Gayanath Weeratunga & Designers Sports Yoga -9 (DSY-9) ciptaan Master Sivalingam Wan Daiyar Veerappan pada majlis perhimpunan mesra bulanan Kementerian Belia Sukan (KBS) di Putrajaya pada Rabu.

Penyerahan itu disempurnakan oleh Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia, YB Dato’ Haji Abdul Manan Ismail kepada Menteri Belia & Sukan, YB Khairy Jamaluddin sebelum disampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif ISN Dato’ Dr Ramlan Abdul Aziz.

Perisian BStAT adalah sebuah perisian yang digunakan oleh penganalisis prestasi bagi membantu jurulatih atau pemain badminton untuk menganalisis permainan, untuk memahami corak bermain atau kecenderungan dan tabiat pemain dalam permainan.

Penyerahan itu disempurnaka oleh Pengerusi Perbadanan Har ta Intelek Malaysia YB Dato Haji Abdul Manan Ismail kepa da Menteri Belia Sukan YB Khairy Jamaluddin

Penyerahan itu disempurnaka oleh Pengerusi Perbadanan Har ta Intelek Malaysia YB Dato Haji Abdul Manan Ismail kepa da Menteri Belia Sukan YB Khairy Jamaluddin

Designer Sports Yoga-9 (DSY-9) direka khas untuk meningkatkan prestasi sukan dan membina kekuatan mental melalui proses fisio-psikologi. Program ini menggunakan Hatha Yoga sebagai alat untuk membina Ideal Performance State (IPS) yang baik dengan mengambil kira kesan sosial-budaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*