Home / Bola Sepak / Pengajaran dari Jordan buat Harimau Malaya

Pengajaran dari Jordan buat Harimau Malaya

Foto : Sportflex Malaysia

Malaysia yang menghuni ranking ke 159 berdepan lawan yang memiliki ranking jauh lebih tinggi di 99 dunia iaitu Jordan sebagai perlawanan pemanas badan sebelum kedua-dua pasukan menuju sepak mula kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia / Piala Asia 5 September ini.

Permulaan perlahanan serta kegagalan mengawal bola dari kawasan bahaya membuka ruang buat lawan menghukum pasukan negara dengan jaringan di awal perlawanan.

Gol minit ke-7 ketua pasukan Syed Morjan itu meletakkan negara beraksi dengan tekanan namun ditangani dengan positif apabila berjaya mengubah rentak permainan untuk meyaingi lawan.

Kelemahan dalam mengekalkan bola sedikit sebanyak mematikan rentak pemain negara yang bergelut untuk melepasi benteng Jordan.

Mujur barisan Harimau Malaya berdisiplin tinggi ketika mengekang asakan berbahaya lawan masa itu.Jika tidak pasti Jordan terus selesa menuai hasil.

Percaturan Tan Cheng Hoe menampilkan pemain-pemain baru juga bagai tepat pada masanya menyaksikan Malaysia terus bernyawa memburu kebangkitan.

Namun beberapa kali gerakan yang diusahakan gagal menembusi gawang lawan. Jika peluang yang diciptakan disudahkan dengan lebih baik sudah tentu kelebihan lawan dapat dipadam seterusnya mengubah nasib skuad negara.

Keputusan ini semestinya memberikan gambaran awal Malaysia yang akan bertandang ke Indonesia bagi memulakan cabaran kumpulan G. Selain Indonesia, Malaysia turut diletak bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand dalam Kumpulan G.