Home / Golf / Penantian 13 Tahun Danny Chia berakhir..

Penantian 13 Tahun Danny Chia berakhir..

Danny Chia - Juara Taiwan Mercuries Masters 2015

Danny Chia – Juara Taiwan Mercuries Masters 2015

謝志榮3Taipei, Taiwan 04 October 2015 : Pemain golf no 1 negara, Danny Chia, melakar sejarah sukan golf negara apabila muncul juara Kejohanan Golf Taiwan Mercuries Masters 2015 di Kelab Golf Taiwan, Taipei, Taiwan.

Lebih manis, kejayaan itu diraih beliau selepas kali terakhir beliau memenangi kejohanan Jelajah Asia (Asian Tour), 13 tahun yang lalu juga di bumi Taiwan.

Danny Chia of MalaysiaBerada di kedudukan kedua pada hari terakhir kejohanan dengan satu pukulan di belakang pendahulu, Liang Wen-chong dari China, Danny bermula garang apabila mencatatkan 3 birdie di lima lubang pertama seterusnya mendahului kejohanan sehingga permainan memasuki 9 lubang terakhir. Permainan yang terlalu berhati-hati oleh Danny hampir memerangkap diri beliau apabila beliau mencatatkan bogey di lubang ke 11 dan 15 seterusnya memberi ruang kepada Liang untuk memberi tekanan sehingga masing-masing terikat sebagai pendahulu selepas lubang ke 15. Dua lubang terakhir ternyata milik Danny apabila giliran Liang melakukan kesilapan dengan mencatatkan bogey di lubang 16 dan 17 seterusnya membolehkan Danny tenang melakukan putt terakhir beliau untuk mencatatkan 73pukulan, satu pukulan di atas par dengan catatan keseluruhan 285 pukulan untuk muncul juara.

“Saya cuba mengawal tekanan, namun bogey di lubang 11 membuatkan saya benar-benar berasa tertekan. Saya cuba mengawal diri saya untuk tidak memikirkan untuk memenangi kejohanan ini tetapi ternyata saya gagal. Saya menggigil pada lima lubang terakhir dan melakukan beberapa kesilapan. Namun bersyukur ianya tidak menggagalkan kemenangan ini” – ujar pemain yang berusia 42tahun itu ketika ditemui selepas kejohanan.

Danny yang kali terakhir menjuarai kejohanan Jelajah Asia pada tahun 2002, di Taiwan, merasakan kejayaan kali ini amat berharga buat beliau setelah hampir setahun bertarung dengan kecederaan bahu yang dialaminya.

謝志榮

“Sudah terlalu lama saya menunggu saat ini. Saya tidak tidur lena malam tadi. Saya masih terbayang kemenangan saya 13 tahun dahulu. Kemenangan ini tidak mudah, namun ianya memberi keyakinan buat saya dan saya gembira saya berjaya mengawal tekanan yang saya hadapi minggu ini.” – ujar Danny.

Dengan kemenangan di Taiwan, Danny berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak US130,000 dan meletakkan beliau di tangga kelapan dalam senarai Order of Merit Jelajah Asia. Danny juga telah berjaya melayakkan diri untuk menjadi antara 2 pemain Malaysia yang akan beraksi di Kejohanan Jelajah PGA, CIMB Classic di Kuala Lumpur 29 Oktober hingga 1 November akan datang dan kemenangan di Taiwan sudah pasti akan menjadi tonik paling berharga buat beliau menjelang kejohanan CIMB Classic itu nanti.

Dari meja sukan, Sukan Malaysia. TAHNIAH Danny Chia – A proud Malaysian !

sumber : ASIAN TOUR

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*