Home / Lain - Lain / PENANGGUHAN PENCARIAN BAKAT BARU PROGRAM PELAPIS BERBASIKAL WANITA

PENANGGUHAN PENCARIAN BAKAT BARU PROGRAM PELAPIS BERBASIKAL WANITA

Berdasarkan situasi semasa Covid – 19 yang meningkat dari hari ke hari. Pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan MSN mengambil keputusan untuk menangguhkan segala program buat sementara waktu sehingga 31 Okotber 2020.

Dengan mengambil kira tahap keselamatan peserta, dimaklumkan bahawa program pencarian bakat Zon Tengah yang akan dijalankan pada 24 & 25 oktober 2020 ini terpaksa DITANGGUHKAN pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Penangguhan program ini juga akan melibatkan penangguhan di zon-zon yang lain juga. Walaubagaimanapun, program ini akan tetap berjalan pada satu tarikh baru yang akan dimaklumkan selepas situasi semasa Covid-19 kembali reda.

Pihak MSN akan memanjangkan tempoh pendaftaran sehingga 31 Oktober 2020 ini. Pihak MSN akan sentiasa memberi makumat terkini berkenaan perjalanan program dari semasa ke semasa.