Home / Lain - Lain / Penang Black Panthers buru kejuaraan keempat STL

Penang Black Panthers buru kejuaraan keempat STL

Saingan liga Sepak Takraw (STL) yang kembali membuka saingan menyaksikan juara bertahan Penang Black Panthers berjaya menepati ramalan untuk memenangi perlawanan pertama musim baharu 2019.

Sekalipun turun tanpa khidmat tekong kebangsaan Shahir Rosdi wakil dari Pulau Pinang itu tetap cemerlang menundukkan Negeri Sembilan Antlers 2-0.

Penang Black Panthers terpaksa bekerja keras dalam set pertama sebelum menang 21-19.

Sedar lawan mampu memberi saingan, Penang Black Panthers tampil lebih kemas menerusi set kedua untuk mengatasi Negeri Sembilan Antlers 21-11.

Bagi ketua pasukan Penang Black Panthers Zaim Razali ketiadaan tekong utamanya memberi impak yang besar bagi STL namun itu tidak menjejaskan rentak pasukannya dalam kejohanan kali ini.