Home / Lain - Lain / PEMBATALAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2020

PEMBATALAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2020

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) mengambil keputusan untuk membatalkan sambutan Hari Sukan Negara 2020.

Ini adalah selaras dengan kenyataaan media yang telah dikeluarkan oleh Menteri Belia dan Sukan bertarikh 2 Oktober 2020 berkenaan penangguhan sambutan tersebut dengan mengambil kira situasi peningkatan jumlah kes Covid-19 pada awal bulan Oktober lalu.

Keputusan untuk membatalkan Sambutan Hari Sukan Negara 2020 merupakan langkah berjaga-jaga Kementerian untuk mengelak risiko penyebaran Covid-10 dalam kalangan masyarakat dan demi memelihara kesejahteraan dan keselamatan semua pihak.

Semua penggiat sukan diingatkan untuk kekal sihat dan aktif dan sentiasa menjaga diri dan mengamalkan Garis Panduan Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan yang berkuatkuasa.