Home / Golf / Pemain Golf Thailand kuasai Negeri Sembilan Masters 2013

Pemain Golf Thailand kuasai Negeri Sembilan Masters 2013

Seremban, 26 Oktober 2013 : Thailand membuktikan mereka merupakan kuasa besar dalam sukan golf di rantau Asean apabila dua pemain muda mereka berjaya menguasai tempat teratas dalam Kejohanan Golf Jelajah Asean, Negeri Sembilan Masters 2013 di Kelab Golf Antarabangsa Seremban.

Kwanchai Tannin (Thailand) Gambar oleh PGM Tour / Arep Kulal

Kwanchai Tannin (Thailand) Gambar oleh PGM Tour / Arep Kulal

Ketenangan Kwanchai Tannin, 27 tahun, yang juga dikenali sebagai jelmaan pemain golf lagenda Thailand, Boonchu Ruangkit, memberi kelebihan kepada beliau dalam menguasai hari terakhir kejohanan apabila mencatatkan 18pukulan di bawah par, satu pukalan di hadapan rakan beliau dari Thailand, seorang lagi pemain muda yang baru berusia 18tahun, Rattanon Wannasrichan.

Rattanon Wannasrichan (Thailand)

Rattanon Wannasrichan (Thailand)

Kwanchai, yang sebelum ini menjuarai Kejohanan Golf Singha Pattaya Open pada bulan April yang lalu menyifatkan kemenangannya sebagai bonus dan pembakar semangat untuk beliau terus bersaing dalam kejohanan golf yang lebih besar di peringkat Asia.

Dengan kemenangan di Seremban, Kwanchai membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000.00 dan mendahului senarai Order of Merit Jelajah Asean PGA 2013.

Choo Tze Huang (Singapura)

Choo Tze Huang (Singapura)

Sementara itu pemain Singapura, Choo Tze Huang, yang cuba memberi saingan kepada dua pemain Thailand terpaksa berpuas hati ditempat ketiga apabila sekadar mampu melakukan 15pukulan di bawah par.

Kejohanan Golf Negeri Sembilan Masters 2013 merupakan kejohanan golf dalam siri Jelajah Asean dandianjurkan bersama dengan Jelajah Professional Golf Malaysia (PGM)

Keputusan Penuh:

270 – Kwanchai Tannin (THA) 67 68 69 66
271 – Rattanon Wannasrichan (THA) 71 65 69 66
273 – Choo Tze Huang (SIN) 68 69 69 67
275 – Mardan Mamat (SIN) 69 71 67 68
276 – Mohd Zurie Harun (MAS) 70 68 68 70
277 – Koh Dengshan (SIN) 71 71 66 69
278 – Iylia Jamil (MAS) 67 72 71 68
279 – Mars Pucay (PHI) 73 67 70 69, Mohd Sukree Othman (MAS) 68 73 67 71, Mohd Azman Basharudin (MAS) 72 68 66 73
280 – Namchok Tantipokhakul (THA) 79 69 65 67, S Siva Chandhran (MAS) 66 70 77 67
281 – M Sasidaran (MAS) 72 69 68 72, Airil Rizman (MAS) 72 70 65 74

Leave a Reply