Home / Lain - Lain / Pedrosa rebut petak pertama.

Pedrosa rebut petak pertama.

Pelumba Repsol Honda Team, Dani Pedrosa memecut pada sesi kelayakan Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Gambar oleh Safwan Mansor

Pelumba Repsol Honda Team, Dani Pedrosa memecut pada sesi kelayakan Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Gambar oleh Safwan Mansor

SEPANG 24 Oktober 2015 : Pecutan bertenaga dari Dani Pedrosa dari pasukan Repsol Honda, membolehkan beliau merebut petak pertama perlumbaan Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix pada hari esok dihadapan rakan sepasukan, Marc Marquez dan pelumba pasukan Movistar Yamaha, Valentino Rossi.

Dengan pecutan masa 1’59.053, Pedrosa mencuri tumpuan pada pusingan kelayakan kedua hari ini, ketika tumpuan lebih diberikan kepada Valentino Rossi, Marc Marquez dan Jorge Lorenzo. Cuaca panas dan berjerebu serta suhu litar yang mencecah 44˚C, tidak menghalang Pedrosa untuk melakukan deruman pantas dan beliau tampak yakin dan bersedia untuk memulakan perlumbaan pada hari esok.

Dengan catatan petak pertama dan kedua, pasukan Repsol Honda dijangka akan diberi saingan sengit oleh pasukan lain dan peminat sukan lumba motor sudah pasti dapat melihat perlumbaan yang hebat pada hari esok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*