Home / Lain - Lain / Pedrosa Juara Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix 2015

Pedrosa Juara Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix 2015

Pelumba Repsol Honda Team, Dani Pedrosa (dua dari kiri) menjulang trofi selepas menjuarai MotoGP Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Tempat kedua dimenangi oleh Jorge Lozenro (kiri) dan tempat ketika, Valentino Rossi (tiga dari kanan), trofi disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (kanan). Gambar oleh Safwan Mansor

Pelumba Repsol Honda Team, Dani Pedrosa (dua dari kiri) menjulang trofi selepas menjuarai MotoGP Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), trofi disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (kanan). Gambar oleh Safwan Mansor

SEPANG, 25 Oktober 2015 – Penunggang Pasukan Repsol Honda, Dani Pedrosa meraih gelaran keduanya musim ini apabila muncul juara di Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di Litar Sepang hari ini.

Pedrosa yang bermula dari petak pertama menguasai perlumbaan sejak dari awal untuk menamatkan aksi dalam masa 40 minit 37.691 saat, 3.612saat di hadapan pelumba pasukan Movistar Yamaha, Jorge Lorenzo yang berada di tempat kedua.

Namun, perlumbaan pada hari ini lebih tertumpu kepada persaingan di antara pendahulu kejuaraan dunia, Valentino Rossi dan juara bertahan, Marc Marquez yang bersaing dari awal ditempat ketiga dan keempat. Namun saingan sengit dan menghiburkan  antara kedua-dua pelumba itu menyaksikan Marquez terjatuh dan terkeluar dari saingan ketika perlumbaan memasuki pusingan ke 9.

Berikutan insiden itu, siasatan telah dijalankan. Hasil siasatan yang dijalankan oleh Race Direction memutuskan Rossi bersalah dan  dikenakan penalti tiga mata kepada Rossi, yang turut akan menyaksikan dia akan bermula dari petak terakhir GP Valencia yang akan diadakan dua minggu lagi.

Pasukan Movistar Yamaha MotoGP dikatakan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*