SHAH ALAM, 7 Jun 2014 : Skuad Tok Gajah pamer ciri-ciri sang juara apabila bangkit pada separuh masa kedua menewaskan KL Felda United dalam saingan Perlawanan Akhir Piala FA 2014 dengan jaringan 2 – 1. Pahang ketinggalan 1-0 kepada Felda United pada separuh masa pertama dengan pasukan Felda United kerap kali melancarkan serangan berbahaya ke kubu Pahang.
Pasukan Pahang membuat pertukaran pada pertengahan separuh masa kedua dengan menggantikan pemain tengah mereka Azidan Sarudin dan memasukan Mohd Faizol Hussain terus memberi impak dengan terhasilnya gol penyamaan cantik hasil cubaan jarak jauh yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Felda United Farizal Harun.
Sebelum mengakhiri 90 minit masa perlawanan, pemain import Pahang Dickson Nawakame bijak memanfaatkan peluang yang terhidang dengan menjaringkan gol kemenangan Pahang. Ini merupakan Piala kedua mereka untuk tahun 2014 setelah memenangi Piala Sumbangsih awal tahun ini.
Gambar Oleh : Mohd Shah