Home / Bola Sepak / Pahang, Melaka dan Terengganu catat kemenangan selesa

Pahang, Melaka dan Terengganu catat kemenangan selesa

17 OGOS 2019 : Pahang berjaya memperolehi kemenangan ketiga berturut-turut dengan menjadikan Sabah mangsa seterusnya dalam perlawanan ketiga Piala Malaysia peringkat kumpulan di Stadium Likas.

Gol pembukaan Pahang dijaringkan menerusi first timer Dickson Nwakaeme seawal minit ke-2 setelah berjaya menyempurnakan hantaran lintang sensasi dari Mathew Davis.

Pahang terus selesa di hadapan menerusi rembatan kencang Lazarus Kaimbi hasil lorongan yang cantik oleh Dickson ke hadapan gawangan Sabah.

Sabah bangkit mengatur serangan bertali arus ke gawang Pahang dan hasilnya Aguinaldo berjaya merapatkan jurang jaringan pada minit ke-54 perlawanan menerusi sepakan gunting menewaskan Helmi Eliza.

Sabah terus agresif melancarkan serangan dan percubaan lambungan oleh Rahman Shah dan sepakan percuma oleh Azizan namun Helmi Eliza bertindak cemerlang mengelak gawang Pahang dari terus dibolosi

Di Kuala Terengganu, Terengganu terus cemerlang apabila berjaya menundukkan cabaran Negeri Sembilan. Penyerang sensasi Terengganu Tchethche Kipre terus cemerlang apabila mencetak hatrik pada minit ke-42,57 dan 86 perlawanan.


Foto : Robi Nordin | Sukan Malaysia

Negeri Sembilan membawa pulang gol sagu hati yang dihasilkan oleh Igor Luiz pada minit ke-67 perlawanan.

Melaka turut mengikuti jejak Pahang dan Terengganu untuk mengutip tiga mata dengan menewaskan Felda United di Jengka. Melaka membuka tirai jaringan pada minit ke-12 S.Deevan Raj disusuli jaringan Luka Milunovic pada minit ke-30.

Khairul Amri Kamal merapatkan kedudukan buat Felda United pada minit ke-74 namun jaringan ketiga Melaka pada minit ke-61 sebelum itu oleh
S.Deevan Raj memberikan keselesaan buat Melaka untuk memuktamadkan kemenangan.

Di Ipoh, Pulau Pinang berjaya mengikat Perak untuk mencuri satu mata dengan mencatatkan keputusan 1-1. Perak terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi Ronaldo pada minit ke-12.

Casagrande memusnahkan hajat Perak untuk mengutip tiga mata penuh di laman sendiri hasil jaringan pada minit ke-63 perlawanan.