Home / Lain - Lain / Pahang leburkan rekod tanpa kalah Selangor

Pahang leburkan rekod tanpa kalah Selangor

Rekod tanpa kalah Selangor selepas 10 perlawanan akhirnya lebur selepas tumpas 2-4 kepada Pahang di Stadium Tertutup Sukpa Kuantan.

Perak pula mencatatkan kelima kemenangan selepas menewaskan Kuala Lumpur 4-2 sementara Pulau Pinang tewas 3-4 kepada Terengganu manakala Melaka merakam kemenangan besar 8-2 menundukkan KL City FC.

Pahang membuka tirai jaringan melalui Firdaus Ambiah seawal minit pertama sebelum beliau menjaringkan gol kedua selang dua minit selepas itu menerusi rembatan luar kotak yang menewaskan penjaga gol Selangor, Azrul Hadee Mohd Taufiq.

Dua lagi gol Pahang dihasilkan oleh Norkhairi Rahan dan Mohd Azwann.

Kekalahan ini masih meletakkan skuad Selangor di tangga teratas liga, namun Pahang yang hanya sekarang dibezakan satu mata dengan Selangor mempunyai satu perlawanan dalam tangan dan ianya dilihat sebagai peluang cerah untuk mendahului liga.