Home / Bola Sepak / Pahang calar rekod tanpa kalah Kedah

Pahang calar rekod tanpa kalah Kedah

KUANTAN : Pahang mencatatkan kemenangan 1-0 keatas Kedah dalam perlawanan Liga Super Malaysia yang berlangsung di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.

Perlawanan dimulakan dengan situasi dimana kedua-kedua pasukan saling berbalas serangan seawal wisel pemulaan perlawanan dibunyikan.

Pahang terlebih dahulu berpeluang untuk membuka tirai jaringan apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke 31 setelah Nwakame dijatuh oleh pertahanan Kedah.

Foto : Khairil Ajhar | Sukan Malaysia

Namun peluang ini gagal dimanfaatkan oleh Norshahrul Idlan Talaha apabila sepakannya berjaya selamatkan oleh Mohd Ifwat.

Kedudukan tamat separuh masa pertama dengan kedua-dua pasukan gagal mencipta sebarang jaringan.

Bermula separuh masa kedua, Kedah dilihat berpeluang mencetak jaringan pembukaan menerusi Jonatan Bauman melalui tendangan percuma pada minit ke-48 namun tindakan susulan hasil bola muntah dari Helmi Heliza gagal dimanfaatkan oleh Rodriguez.

Foto : Khairil Ajhar | Sukan Malaysia

Minit ke-62 menyaksikan sekali lagi tendangan Norshahrul Idlan Talaha ditepis keluar oleh Ifwat diikuti dengan pembatalan jaringan Sumareh oleh pengadil atas faktor kekasaran terhadap pertahanan Kedah.

Gol pembukaan yang dinantikan akhirnya terhasil pada minit ke-85 menerusi pemain muda gantian iaitu Zuhair Aizat. Zuhair berjaya mengatasi pertahanan Kedah sebelum melepaskan tendangan kencang membias Khairul Helmi seterusnya menerjah gawang Kedah.

Pahang turut berpeluang menambah koleksi jaringan pada minit-minit akhir perlawanan sekali lagi menerusi Zuhair dan juga Norazam namun tindakan penyudah yang gopoh menyebabkan gagal memanfaatkan peluang untuk mencipta jaringan.