Home / Golf / O’toole juara PGM Clearwater Masters

O’toole juara PGM Clearwater Masters

John Michael O'toole bergambar bersama piala PGM Clearwater Masters. © PGMTOUR/ADT/ArepKULAL

John Michael O’toole bergambar bersama piala PGM Clearwater Masters. © PGMTOUR/ADT/ArepKULAL

IPOH 14 Mac 2016 : Pemain dari USA, John Michael O’toole memastikan detik paling manis dalam karier profesionalnya apabila mencatatkan 15 pukulan di bawah par, 269pukulan keseluruhan, untuk muncul juara PGM Clearwater Masters di Clearwater Sanctuary Golf Resort, semalam.

O’toole 22 tahun, memiliki kelebihan 4 pukulan sebelum memasuki pusingan akhir, bermula kurang cermat di sembilan lubang pertama apabila mencatat ‘bogey’ dilubang kedua dan ‘triple bogey’ di lubang keenam, namun berjaya mengawal rentak pukulannya di sembilan lubang kedua untuk mencatatkan 1 pukulan di bawah par 71 untuk hari terakhir dan seterusnya merangkul kejuaraan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000.00 beserta enam mata ranking golf dunia (OWGR).

Poom Saksansin © PGMTOUR/ADT/ArepKULAL

Poom Saksansin © PGMTOUR/ADT/ArepKULAL

‘Ini kemenangan pertama saya sejak beralih sebagai profesional. Saya bersyukur dan berjuang sepanjang minggu ini dengan baik. Saya berbincang dengan mentor saya, Iain Steel (bekas pemenang ADT) setiap malam. Dia banyak memberi nasihat. Saya hanya fokus dalam setiap pukulan dan tidak pernah putus asa hingga akhir permainan”- ujar O’toole selepas permainan.

Kejayaan ini menjadikan O’toole sebagai pemain USA kedua yang berjaya memenangi Jelajah Pembangunan Asia (ADT) pada musim ini.

Sementara itu, Poom Saksansin dari Thailand yang merakam 68pukulan di hari terakhir menduduki tempat kedua dan pemain negara R Nachimuthu meraih tempat ketiga.

Sumber : PGM TOUR / ADT