Home / Hoki / Oltmans senaraikan empat muka baru hadapi Piala Sultan Azlan Shah

Oltmans senaraikan empat muka baru hadapi Piala Sultan Azlan Shah

Empat muka baru disenaraikan Roelant Oltmans untuk menghadapi saingan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh dari 23-30 Mac ini.

Menurut Konfederasi Hoki Malaysia pemain terbabit ialah Muhammad Arif Syafie Ishak, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal, Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran dan penjaga gol sedang meningkat naik, Muhamad Zaimi Mat Deris.

Pakar pukulan sudut penalti, Muhammad Najmi Farizal Jazlan yang meninggalkan skuad negara secara mengejut Julai tahun lalu sebelum dipanggil semula dalam senarai 28 pelatih turut tersenarai untuk membarisi senarai 18 pemain terbaik ke Ipoh.

Selain skuad negara, lima lagi pasukan yang bakal beraksi pada edisi kali ini ialah India, Jepun, Korea Selatan, Kanada dan Poland yang menggantikan Afrika Selatan di saat akhir.