Home / Badminton / #Olimpik2016 – Tahniah & Terima kasih Peng Soon & Liu Ying !

#Olimpik2016 – Tahniah & Terima kasih Peng Soon & Liu Ying !

IMG_6619

RIO DE JANEIRO 18 Ogos 2016: Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menghadiahkan pingat perak buat negara apabila akur dengan kehebatan pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir dalam  aksi final di Pavilion 4 Riocentro, awal pagi tadi.

Kekalahan 12-21, 12-21 dalam masa 45minit kepada pasangan Indonesia itu, menyaksikan hajat mereka memenangi pingat emas tidak kesampaian.

Turun sebagai bukan pilihan, Peng Soon dan Liu Ying mempamerkan aksi garang diawal permainan namun pasangan Tontowi dan Liliyana ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila tenang mengasak dan mengawal gelanggang.

Walaupun tewas, Peng Soon dan Liu Ying boleh berbangga apabila mara ke final dan telah melakar satu sejarah penting dalam sejarah badminton tanah air. Ini kerana belum ada beregu campuran negara mampu melangkah sejauh itu, apatah lagi memenangi pingat di Olimpik.

Dari Meja Editor Sukan Malaysia, Terima kasih dan Tahniah buat Peng Soon & Liu Ying