Pandalela dan Jun Hoong mempamerkan terjunan yang cukup mengkagumkan walaupun pada satu ketika berada di tempat ketiga selepas terjunan kedua. Fokus pasangan terjun itu ternyata berbaloi apabila mereka berjaya memintas pasangan dari Korea Utara, Kim Kuk Hyang dan Kim Mi Rae untuk mengambil alih kedudukan kedua selepas terjunan keempat.

“Kami fokus dengan terjunan kami dan tahu apa yang perlu dilakukan. Walaupun kedudukan mata dipaparkan di papan marah gergasi di seberang platform, kami langsung tidak memandang untuk mengetahui posisi semasa,” kata Pandelela selepas membantu kontinjen negara meraih pingat perak Sukan Olimpik di sini hari ini.

Gandingan Pandalela dan Jun Hoong mengumpulkan 344.34 mata menerusi lima terjunan di Pusat Akuatik Maria Lenk, di belakang pasangan China, Chen Ruolin dan Liu Huixia yang mendapat 354 mata. Pasangan Kanada, Meaghan Benfeito dan Roseline Filion pula mendapat pingat gangsa dengan 336.18 mata.

“Saya gembira kerana saingan di sini cukup sengit sehingga kami perlu memberikan semua yang dipelajari sewaktu latihan. Saya rasa kami mampu melakukan lebih baik,” kata Pandelela, 23, yang akan beraksi dalam acara kegemarannya 10m platform individu pada 17 Ogos ini.

Dari meja Editor Sukan Malaysia “TAHNIAH Buat Pandalela dan Jun Hoong !”