Home / Badminton / #Olimpik2016 – Iringan doa buat Lee Chong Wei

#Olimpik2016 – Iringan doa buat Lee Chong Wei

MS Lee Chong Wei (MAS) 16

Lee Chong Wei. ©ArepKulal.SukanMalaysiadotMY

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2016 : Menjelang perlawanan separuh akhir lelaki, Olimpik Rio 2016, diantara pemain no 1 negara, Dato’ Lee Chong Wei dan seteru no 1nya, Lin Dan dari China, Sukan Malaysia mengajak semua warganegara Malaysia mendoakan kejayaan Dato’ Lee Chong Wei untuk memenangi perlawanan itu dan seterusnya melangkah ke perlawanan akhir.

Perlawanan yang dijadualkan pada hari esok, Jumaat, 19 Ogos 2016 jam 7.30malam waktu Malaysia, merupakan perlawanan yang amat penting bagi Chong Wei untuk menzahirkan pingat emas buat Malaysia seteleh mencubanya sebanyak 2 kali sejak dari Beijing 2008 dan London 2012.

Ini pasti merupakan penampilan terakhir Chong Wei di sukan Olimpik. Ianya pasti akan menjadi lebih manis apabila beliau pulang membawa pingat paling bermakna buat seluruh rakyat Malaysia.

Ayuh Malaysia, kita ketepikan perbezaan agama, bangsa dan fahaman politik kita, kita bersama memberi sokongan buat Dato Lee Chong Wei.

Dari Meja Editor Sukan Malaysia, Ayuh Chong Wei kini masanya !!!!!!!