Setelah mencuba di Beijing 2008, London 2012, Chong Wei yang menyifatkan Rio 2016 sebagai temasya olimpik terakhir beliau cuba memberi saingan kepada Chen Long, namun pemain China tersebut di lihat lebih bersedia untuk mengawal dan menyerang dalam perlawanan yang berlangsung selama 73 minit untuk emas pertama beliau manakala Chong Wei sekadar terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Dengan pingat perak yang dikutip Chong Wei, Malaysia berjaya mengutip 4 perak dan 1 gangsa yang merupakan kutipan pingat terbaik dalam sejarah sukan Olimpik.