Home / Lain - Lain / #Olimpik2016 – Gangsa dari anak Terengganu buat Malaysia !

#Olimpik2016 – Gangsa dari anak Terengganu buat Malaysia !

SwSjWvgu

Azizulhasni Awang bergambar bersama pemenang pingat emas Jason Kenny dari Britain dan pemenang pingat perak, Matthijs Buchli dari Belanda. ©Olympic2016

RIO DE JANEIRO 17 Ogos 2016: Pelumba keirin negara, Azizulhasni Awang melakar sejarah menjadi pelumba basikal pertama negara memenangi pingat dalam Sukan Olimpik apabila meraih gangsa di Velodrom Olimpik Rio, awal pagi tadi waktu Malaysia.

Kejayaan penuh bermakna buat pelumba 28tahun dari Dungun, Terengganu itu cukup membanggakan apabila beliau sebelum ini gagal dalam dua percubaan di Beijing 2008 dan London 2012.

Perlumbaan akhir yang penuh dramatik terbatal sebanyak dua kali semasa permulaan apabila beberapa peserta dilihat memecut lebih awal ketika ‘pacer’ masih berada di dalam kawasan pecutan.

Raja Pecut Britain, Jason Kenny memenangi perlumbaan untuk pingat emas keduanya dan Matthijs Buchli dari Belanda di tempat kedua.