Home / Badminton / #Olimpik2016 – Beregu lelaki teruskan buruan emas !

#Olimpik2016 – Beregu lelaki teruskan buruan emas !

IMG_6603

Goh V Shem dan Tan Wee Kiong dalam aksi separuh akhir. Gambar sumber KL2017

RIO DE JANEIRO 16 Ogos 2016: Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong melakar sejarah apabila melangkah ke final sebentar tadi. Selepas menyingkirkan pasangan nombor satu dunia di peringkat suku akhir kelmarin, V Shem dan Wee Kiong meneruskan aksi cemerlang dengan menundukkan beregu kelima dunia, Chai Biao dan Hong Wei dari China, 21-18, 12-21, 21-17 dalam masa 64 minit.

Kejayaan itu mengulangi kejayaan Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock yang melangkah ke final di Sukan Olimpik Atlanta pada tahun 1996.

Terdahulu kem badminton turut ceria apabila Chan Peng Soon-Goh Liu Ying melangkah ke final acara beregu campuran juga dengan menundukkan pemain China.