Home / Badminton / Norza beri bayangan lepaskan jawatan

Norza beri bayangan lepaskan jawatan

Datuk Seri Norza Zakaria beri bayangan akan melepaskan jawatannya sebagai presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas Sukan Olimpik Tokyo.Jelasnya ia bagi memberi fokus terhadap tugasnya sebagai presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Dalam perkembangan berkaitan, Anton Aditya Subowo dari Indonesia mengekalkan kerusi Presiden Konfederasi Badminton Asia (BAC) bagi penggal 2019-2023 apabila menewaskan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria pada pemilihan yang diadakan di Nanning, China.

Jawatan naib presiden pula menyaksikan seramai tujuh calon terpilih berbanding lima pada penggal lalu dengan Ali Almarri dari Kuwait mengekalkan jawatan.

Enam muka baru adalah Wang Wei dari China, Kim Jong Soo (Korea), Tirta Juwana Darmadji (Indonesia), Chang Kuo-Tso (Taiwan), Dr Himanta Biswa Sarma (India) dan Dr Sawsan Mohammad Taqawi (Bahrain).

Jawatan Setiausaha Agung BAC pula menjadi milik pengerusi jawatankuasa pembangunan pada penggal lalu, Moosa Nashid dari Maldives manakala Jassem Kanso dari Lubnan mempertahankan jawatan bendahari.