Home / Lain - Lain / NORTHERN QUEENS JUARA EDISI SULUNG LIGA SUPER KRIKET WANITA

NORTHERN QUEENS JUARA EDISI SULUNG LIGA SUPER KRIKET WANITA

Pasukan Northern Queens muncul juara Liga Super Kriket Wanita selepas menang dengan 6 wiket keatas Eastern Lioness di Kinrara Oval.

Pada kejohanan edisi pertama itu ketua pasukan Northern Queens Winifred Ann dipiih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Liga Super Kriket Wanita yang julung kali dianjurkan oleh Persatuan Kriket Malaysia (MCA) berjaya menarik penyertaan empat pasukan.

Kejohanan yang bermula sejak 8 Disember lalu dua pasukan Eastern Lioness dan Northern Queens layak ke pentas final selepas masing-masing menang dalam liga sepasukan T20.

Dibarisi skuad campuran dari 7 negara antaranya Malaysia, Australia, Thailand dan Vanuatu Eastern Lioness memulakan innings pertama dengan 35 larian.

Memasuki innings kedua Northern Queens memanfaatkan segala peluang dengan mengejar mata demi mata sebelum menang akhirnya dengan 138 larian.

Walaupun diperkuatkan dengan pemain asing, Winifred Ann yang juga ketua pasukan wanita kebangsaan tetap cemerlang melakukan 61 larian untuk dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Sementara itu tempat ketiga menjadi milik Central Super Girls apabila pasukan berkenaan nyata lebih menyerlah cemerlang meraih tiga larian keatas Southern Jaguars.

Kejohanan edisi sulung ini nampak mencapai objektifnya dan MCA merancang untuk meneruskan edisi kedua pada penghujung tahun ini.

Liga Kriket Wanita ini juga akan menjadi platform mengenalpasti bakat baru buat skuad wanita kebangsaan yang kini sibuk mempersiapkan pasukan menjelang kelayakan Piala Asia Jun nanti.