Home / Golf / #NOMURACUP2017 : Thailand cipta sejarah muncul Juara

#NOMURACUP2017 : Thailand cipta sejarah muncul Juara

Pasukan Thailand menerima Piala Nomura apabila muncul Juara dalam kejohanan edisi ke 28. Gambar © MGA

Kuala Lumpur, November 12, 2017 – Pasukan golf Thailand berjaya menebus kehampaan apabila gagal memenangi emas di Kejohanan Golf SEA Games baru-baru ini, apabila mencipta sejarah muncul juara Kejohanan Piala Nomura Cup 2017 dengan menewaskan pasukan juara bertahan, Jepun di Kelab Golf Sungai Long, Kuala Lumpur hari ini.

Kuartet Thailand yang diwakili oleh Kammalas Namuangruk, Atiruj Winaicharoenchai, Kosuke Hamamoto dan Sadom Kaewkanja memberi tumpuan sepenuhnya untuk bermain sebagai satu pasukan dan mengungguli kejohanan semenjak hari pertama kejohanan.

“Kita akhirnya berjaya,” kata Kanes Nitiwanakul, Pengurus Pasukan Thailand. “Ini adalah perasaan terbaik yang kami rasa terutamanya selepas kami kalah kepada Singapura di Kejohanan Golf SEA Games baru-baru ini.”

Kuartet Thailand bergambar bersama trofi selepas muncul Juara Berpasukan Piala Nomura. ©MGA

“Pujian seharusnya diberikan kepada pemain-pemain saya yang tidak tunduk kepada tekanan. Saya amat bangga dengan prestasi mereka kerana mampu bermain dalam satu pasukan dan mengikut perancangan yang diberikan,” tambah Nitiwanakul.

Sementara itu pemain Malaysia, Afif Fathi terus memimpin pasukan Malaysia dengan melakukan pukulan 14 dibawah par. Afif Fathi menjadi pemain terbaik Malaysia di Kejohanan dan berkongsi di tempat ke-5 individu.

“Saya sangat berpuas hati dengan pencapaian saya sepanjang Kejohanan ini,” kata Afif Fathi. “Susun atur padang golf dan juga kelajuan green sangat sesuai dengan permainan saya kali ini. Saya masih tidak percaya saya dapat tempat ke-lima.”

Malaysia mengakhiri Kejohanan ini di tempat ke-12 selepas mengumpul 9 pukulan dibawah par-855 (211, 216, 210, 218).

“Kami tidak dapat mencapai objectif kali ini untuk meduduki tempat kesepuluh teratas walaubagaimanapun, saya amat berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan Pasukan Malaysia terutamanya Afif Fathi ,” kata Teoh Piek Kee, Pengurus Pasukan Malaysia.

Dikendalikan oleh Persatuan Golf Malaysia, Kejohanan Piala Nomura 2017 menggunakan format 72-lubang strokeplay di par-72, 6,991-yard di Kelab Golf Sungai Long. Kejohanan kali ini disertai seramai 92 pemain amatur terbaik dari Australia, Bahrain, Chinese –Taipei, China, Fiji, Guam, Hong Kong, India, Indonesia, Japan, Korea, Mongolia, Nepal, New Zealand, Pakistan, Philippines, Qatar, Saudi Arabia, Singapore, Thailand, UAE, Kyrgysztan dan juga hos, Malaysia dimana mereka adalah ahli Konfederasi Golf Asia Pasifik.

Kejohanan Piala Nomura ini adalah salah satu Kejohanan Amatur Berpasukan yang paling berprestij di Rantau Asia Pasifik. Selalunya, Kejohanan ini diambil sebagai batu loncatan untuk pemain meneruskan karier mereka di peringkat professional.

Pemain Thailand, Kammalas Namuangruk memenangi Juara Individu dengan pukulan18-dibawah-par 270 (64, 72, 64, 70).

Keputusan Tiga Tempat Teratas:-

Pasukan

  1. Thailand – 204, 199, 201, 204 – 808 (-56)
  2. Japan – 209, 204, 202 , 205 – 820 (-44)
  3. Australia – 211, 202, 209, 203 – 825 (-39)

Individu

  1. Kammalas Namuangruk (Thailand): 64, 72, 64, 70 – 270 (-18)
  2. Kazuya Osawa (Japan): 68, 66, 68, 69 – 271 (-17)
  3. Sadom Keakwanja (Thailand): 69, 66, 70, 67 – 272 (-16)