Home / Lain - Lain / Nicol David melangkah ke Separuh Akhir

Nicol David melangkah ke Separuh Akhir

Nicole David dalam aksi menentang Low Wee Wern. Gambar oleh MS Wan
14 September 2013, Bandar Utama : Ratu Skuasy Negara, Datuk Nicol David membuktikan kejaguhan beliau sebagai pemain no 1 dunia apabila dengan mudah menewaskan seorang lagi pemain negara, Low Wee Wern, 11-4, 11-6, 3-11, 11-5 dalam tempoh 56 minit untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka CIMB yang berlangsung di The Curve, Bandar Utama, Selangor
Nicol, yang masih kecewa dengan kegagalan sukan skuasy dalam pembidaan sukan olimpik 2020, bermain garang tanpa memberi ruang kepada Wee Wern untuk melawan. Asakan dan pukalan drop dan ‘cross court’ yang menarik mematikan langkah Wee Wern untuk bertindak balas seterusnya memberi mata-mata mudah kepada Nicole.
Dengan kemenangan di suku akhir, Nicol akan bertemu dengan Carmille Serme dari Perancis pada aksi separuh akhir.
Nicole David dalam aksi menentang Low Wee Wern. Gambar oleh MS Wan
“Saya tidak sabar untuk satu lagi perlawanan yang baik esok, bagaimanapun Camille merupakan seorang pemain yang sukar untuk ditewaskan. Saya pastikan akan mencuba sehabis mungkin,’ ujar Nicol selepas perlawanan.
Jika Nicol berjaya di peringkat separuh akhir, usaha beliau untuk memburu kejohanan untuk kali kelapan ternyata semakin hampir.
Semoga berjaya Nicol David !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*