Home / Bola Sepak / Negeri Sembilan kecewa di Paroi

Negeri Sembilan kecewa di Paroi


Gambar oleh Akhmal Zeary // Sukan Malaysia

Perlawanan Liga Premier Malaysia 2019 yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman ,Paroi menyaksikan tuan rumah mengigit jari apabila pasukan pelawat menang bergaya .

Pada awal minit 26 tuan rumah dikejutkan oleh jaringan pertama oleh Azriddin atas kesilapan penjaga gol muda Negeri Sembilan. Namun kebangkitan tuan rumah apabila Mathius Vila menjaringkan gol hasil hantaran cantik didalam kotak penalti pada minit tambahan sebelum separuh masa pertama tamat.


Gambar oleh Akhmal Zeary // Sukan Malaysia

Pada separuh masa kedua pula Negeri Sembilan dilihat cuba mengatur serangan namun gagal atas ketumpulan jentera serangan. Penjaga gol muda sekali lagi melakukan kesilapan apabila pada minit 58 sekali lagi di hukum oleh Robert Mendy.


Gambar oleh Akhmal Zeary // Sukan Malaysia

Azriddin Rosli pula mencetak nama sekali lagi sebagai penjaring gol pada 63 sekali gus menghampakan seramai 3679 penyokong hobin jang hobin. Menambahkan derita pada minit tambahan sebelum tamat perlawanan oleh Zarko Korac. Perlawan berkesudahan Negeri Sembilan 1 Uitm Fc 4