Home / Lain - Lain / Nauraj tetap tagihkan khidmat Stewart

Nauraj tetap tagihkan khidmat Stewart

Jaguh lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa mahu teruskan latihan di bawah bimbingan jurulatihnya Alex Stewart di Australia.

Dia membuat keputusan itu selepas berjaya memperbaharui rekod kebangsaan dalam Kejohanan Olahraga dalam dewan di Jerman minggu lalu.

Menurut Nauraj walaupun dia membiayai sendiri latihannya, khidmat Stewart masih lagi diperlukan untuk melayakkan diri ke kejohanan Asia April depan.

Biarpun Alex Stewart mencetuskan kontroversi ketika Sukan Komanwel Gold Coast 2018, Nauraj tetap menagih khidmat jurulatih itu bagi membimbingnya menghadapi kejohanan yang mendatang.