Home / Lain - Lain / Nafas baru Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan

Nafas baru Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan kembali bernafas setelah menerima dana RM3j daripada kerajaan.

Ahli Lembaga Pengarahnya Datuk Noorul Ariffin Abdul Majid berkata jumlah itu cukup untuk menampung kira-kira 3000 ahli yang terdiri daripada bekas atlet kebangsaan.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata inisiatif merupakan satu pengiktirafan kerajaan kepada atlet dan bekas atlet kebangsaan yang telah menabur jasa dan bakti membawa nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata kemudahan yang disediakan termasuk rawatan pesakit luar dan dalam di semua premis kesihatan kerajaan bagi atlet atau bekas atlet kebangsaan yang tersenarai oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) yang pernah mewakili negara dalam kejohanan tidak kurang daripada Sukan Asia Tenggara dan setara.