Home / Lain - Lain / MYESPORTS STAY@HOME CHALLENGE 2.0 : CAPTAIN’S MODE DAN SHEN ZHEN JUARAI KATEGORI CSGO DAN DOTA2

MYESPORTS STAY@HOME CHALLENGE 2.0 : CAPTAIN’S MODE DAN SHEN ZHEN JUARAI KATEGORI CSGO DAN DOTA2

Saingan MyEsports Stay@Home Challenge 2.0 menamatkan saingan dua permainan awal iaitu CSGO dan DOTA2 menyaksikan juara CSGO menjadi milik pasukan Captain’s Mode yang menumpaskan pasukan Darkside 17-7 dalam perlawanan akhir.

Sementara dalam aksi grand final perlawanan DOTA2 pasukan Sheh Zhen sukar dicabar Flower Gaming yang menjuarai permainan dengan kemenangan 2-0.

Aksi Counter Strike Global Offensive (CSGO) menjadi tumpuan awal apabila menemukan juara kumpulan A Captain’s Mode menentang juara kumpulan J Darkside.

Darkside bermula baik apabila mengungguli saingan awal Best Of 30 ini namum kemudiannya menyaksikan kebangkitan Captain’s Mode yang konsisten mengekalkan rentak kemenangan dalam permainan seterusnya sekaligus menafikan cabaran Darkside dengan kemenangan 16-7.

Selaku pemenang Captain’s Mode membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM4,000.00 dengan Mohd Arshad Mohd Sazali diumumkan selaku pemain bernilai menerusi jumlah 224 kills sepanjang saingan.

Sementara itu dalam grand final DOTA2 penguasaan disajikan pasukan Shen Zhen ketika menentang Flower Gaming bagi penentuan juara.

Shen Zhen nyata sukar digugat apabila mendahului perlawanan pertama dengan jumlah 37 kills berbalas 15. Walaupun terpaksa bermain sehingga 51 minit.

Perlawanan kedua Shen Zhen terus memperkemaskan strategi dan dalam hanya tempuh 37 minit kemenangan sah sekaligus menyaksikan Shen Zhen diumumkan pemenang bagi pertandingan DOTA2.

Hadiah lebih lumayan diterima Shen Zhen berjumlah RM5,000.00 selaku juara.

Dalam pada itu bagi saingan Mobile Lagend dan PUBG kini memasuki fasa akhir dengan di kesemua negeri sudah menamatkan saingan dan menamakan dua wakil ke peringkat kebangsaan.