Home / Bola Sepak / Muslim Dan Chanturu Kembali Ke Pangkuan Skuad Kebangsaan

Muslim Dan Chanturu Kembali Ke Pangkuan Skuad Kebangsaan

HMArtikel Oleh : Al-Zaem
Belum sempat skuadnya diuji Tajikistan, Dollah Salleh terlebih dahulu diuji dengan persoalan para penyokong mengenai pemilihan para pemain untuk perlawanan tersebut. Sejak nama pengendali tetap skuad kebangsaan itu diumumkan, pemilihan pemain adalah topik hangat yang dibahaskan dikalangan para penyokong. Ada yang mahukan perubahan menyeluruh dan ada yang mahukan pengguguran beberapa pemain yang dilihat sebagai ‘penumpang’.

Dan semuanya terungkai apabila jurulatih baharu skuad Harimau Malaya itu akhirnya mengumumkan senarai 23 pemainnya untuk tugasan pertamanya dalam perlawanan antarabangsa menentang Tajikistan pada 8 Ogos nanti. Seperti yang diperkatakan Dollah sebelum ini, skuadnya akan merangkumi sebahagian besar pemain lama dan perubahan akan dilakukan secara berperingkat setelah Piala Malaysia berlangsung dengan pencarian pemain yang layak untuk menyarung jersi kebangsaan akan dilakukannya.

Untuk perlawanan menentang skuad di ranking ke-124 dunia itu, empat pemain telah digugurkan daripada skuad sebelum ini iaitu pertahanan kental Pahang, Razman Roslan, Bobby Gonzales (PDRM), Ronny Harun dan Junior Eldstal (Sarawak). Norshahrul Idlan Talaha kembali terpilih setelah digugurkan ketika menentang Filipina, April lalu. Paling mencuri tumpuan pastinya penyenaraian semula pemain pertahanan, Mohd Muslim Ahmad dan juga pemain sayap Sarawak, S. Chanturu.

Perlawanan kompetitif terakhir Muslim untuk skuad kebangsaan adalah ketika dibelasah Australia dengan keputusan 0-5 pada Oktober 2011 dan kali terakhir dipanggil menyertai latihan pusat skuad kebangsaan yang berlangsung di Austria pada Ogos 2012. Sementara bagi S. Chanturu pula, kali terakhir dirinya mewakili Harimau Malaya adalah ketika menentang Filipina pada Jun 2012 dan hanya tampil pada sepuluh minit terakhir perlawanan. Pemain sayap Sarawak ini merupakan antara 10 penjaring terbanyak Liga Super musim ini dengan enam gol selain Norfarhan Muhammad yang turut tersenarai.

Persoalan terkini daripada para penyokong skuad kebangsaan adalah mengenai Bredan Gan, Wan Zaharulnizam, Nazmi Faiz dan Junior Eldstal yang tidak tersenarai. Adakah mereka tidak layak atau mungkin sudah berada dalam radar Dollah dan menanti masa untuk dipanggil selepas ini. Malaysia dijangka akan diuji Jordan dan Singapura pula sebelum berlangsungnya Piala AFF Suzuki 2014, penghujung November nanti.

Senarai 23 pemain:
Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Farizal Marlias (Selangor), Khairul Azhan Khalid (Pahang)
Pertahanan: Zubir Azmi (Terengganu), Muslim Ahmad (PDRM), Bunyamin Umar (Selangor), Mahali Jasuli (JDT), Fadhli Shas (JDT), Asraruddin Putra (JDT), Aidil Zafuan (JDT)
Tengah: Baddrol Bakhtiar (Kedah), Badhri Radzi (Kelantan), Azamuddin Akil (Pahang), Hafiz Kamal (Pahang), R. Gopinathan (Pahang), S.Kunalan (Selangor), Safiq Rahim (JDT), Amri Yahyah (JDT), S. Chanturu (Sarawak)
Penyerang: Safee Sali (JDT), Norshahrul Idlan Talaha (JDT), Fakri Saarani (Kelantan), Norfarhan Muhammad (Terengganu)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*