Home / Lain - Lain / Muay thai Malaysia sasar 1 emas

Muay thai Malaysia sasar 1 emas

Persatuan Muay thai Malaysia sasar sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan SEA 2019.

Presidennya Datuk Muhammad Shahnaz Azmi berkata sasaran itu realistik memandangkan satu negara hanya dibenarkan bertanding dalam lima kategori sahaja.

Menurutnya lagi pemilihan 12 daripada 16 atlet muay thai negara akan dikekalkan sehingga bulan depan bagi menjalani latihan di Lopburi, Thailand.

Sementara itu, baki atlet muay thai yang tidak tersenarai mewakili negara ke Sukan SEA akan dihantar menyertai acara kick boxing yang juga diletak sasaran untuk membutirkan satu pingat emas.

Mohd Fazzatkie Mohd Zaki dan Mohamad Rifdean Masdor menjadi sandaran negara untuk melengkapkan misi satu emas yang menjadi buruan.

Skuad muay thai pernah membawa pulang dua emas pada edisi 2013 di Myanmar dan dua emas ketika negara menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017.