Home / Lain - Lain / MTBC tidak mahu terlalu tergesa-gesa

MTBC tidak mahu terlalu tergesa-gesa

Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) memutuskan tidak akan tergesa-gesa dalam menyerahkan senarai akhir atlet selagi belum mendapat maklumat rasmi dari Filipina berhubung jenis dan corak lane atau lorong yang akan digunakan di venue pertandingan.

Filipina dijangka mengumumkan jenis dan corak lane selewat-lewatnya pertengahan Oktober depan dan perkara itu sudah dipanjangkan ke pengetahuan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

“Corak lane boling itu direka oleh syarikat dari Amerika Syarikat iaitu Kegel. Apa yang kami tahu keputusan untuk menentukan corak lane itu akan dibuat pada saat akhir kerana syarikat berkenaan perlu membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum menetapkan corak lane yang sesuai.

Kami difahamkan pemeriksaan itu sudah dilakukan baru-baru ini dan kami masih tidak tahu bila mereka akan memuktamadkan corak lane itu”, ujar Maradona Chok Khong Yau selaku pengurus tenpin boling negara.