Home / Lain - Lain / MSWP KEKALKAN ELAUN ATLET DAN JURULATIH

MSWP KEKALKAN ELAUN ATLET DAN JURULATIH

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memberi jaminan bahawa elaun bagi 700 atlet dan 103 jurulatih dibawah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) akan dikekalkan sepanjang tempuh PKP.

Menerusi satu kenyataan media pengekalan bayaran elaun menerusi inisiatif Wilayah Cakna ini diharap dapat meneruskan motivasi jurulatih dan atlet untuk terus cemerlang di Sukan Malaysia (SUKMA) di Johor kelak.

Anggaran kos bagi pembayaran elaun latihan ini berjumlah RM600,000.00 bagi bulan Mac dan April.

Wilayah Persekutuan antara kuasa besar SUKMA dengan dua kali bergelar juara temasya pada 1986 dan 2014.

Turut meneruskan program latihan atlet di rumah menerusi modul yang disediakan jurulatih-jurulatih dengan pemantauan dibuat menerusi video.