Home / Lain - Lain / MSN tolak permohonan Syakilla untuk berlatih di Latvia

MSN tolak permohonan Syakilla untuk berlatih di Latvia

Majlis Sukan Negara mengambil keputusan paling tegas membabitkan permintaan atlet yang dianggap berstatus bintang untuk menolak permohonan jaguh karate negara Syakilla Salni Jefry Krisnan untuk berlatih di Latvia.

Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata keputusan berani itu diambil bagi membolehkan Syakilla menurunkan berat badannya yang melebihi 60kg untuk sertai acara Kumite 55kg.

Syakilla beri tempoh hingga September depan untuk menurunkan berat badannya hingga 55 kilogram bagi memburu mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Bekas atlet karate ranking pertama dunia kumite 55kg itu sudah terlepas banyak kejohanan sejak mengalami masalah berat badan sejak tahun lalu sebelum menyuarakan beberapa permintaan dan terbaru, untuk berlatih di Latvia.

Jika gagal menurunkan berat badan September ini, Syakilla perlu akur dengan apa jua keputusan MSN.