Home / Lain - Lain / MSN RANGKA SOP YANG PERLU DITITIKBERATKAN BUAT ATLET

MSN RANGKA SOP YANG PERLU DITITIKBERATKAN BUAT ATLET

Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini mengadakan taklimat peringkat terakhir berhubung Prosedur Operasi Standard (SOP) yang akan digunapakai bagi mendapatkan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memulakan program Road To Tokyo (RTT).

Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata ia nyata berbeza dari SOP yang digunapakai untuk kebenaran riadah dan rekreasi.

Kriteria ketat ini dibuat selepas memgambil kira sukan yang terpaksa diambil setiap atlet, cara latihan dan permainan termasuklah perkara yang paling jarang diambil berat sebelum ini iaitu kuantiti peluh yang dihasilkan.

Antara SOP lain yang diwajibkan adalah atlet dan jurulatih di bawah program Road To Tokyo sahaja dibenarkan untuk berlatih dengan suhu badan tidak melebihi 37.5 darjah selsius.

Ujian saringan Covid-19 pula akan diadakan secara berkala dan latihan tidak boleh melebihi 10 orang pada satu-satu masa.

Dianggarkan Kompleks Sukan Bukit Jalil akan menempatkan 250 orang termasuk atlet, pakar sains sukan dan kakitangan sokongan.

MSN juga memberi penjelasan terperinci SOP keselamatan di beberapa venue latihan siang tadi antaranya Pusat Akuatik Nasional, Kemudahan Perubatan dan Pemulihan, Stadium Mini dan Dewan Latihan Karate Khas untuk program RTT.

Dalam pada itu Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berpuashati dengan SOP yang ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).