Home / Lain - Lain / MSN BERSIAP SEDIA DENGAN PELAN GANTIAN BERIKUTAN PENUNDAAN SUKAN PARA ASEAN 2020

MSN BERSIAP SEDIA DENGAN PELAN GANTIAN BERIKUTAN PENUNDAAN SUKAN PARA ASEAN 2020

Majlis Sukan Negara (MSN) telah bersedia dengan pelan gantian berikutan penundaan Sukan Para Asean 2020 yang diumumkan semalam.

Kontinjen negara dirancang mengambil bahagian dalam pertandingan simulasi yang bakal diadakan pada tarikh khas temasya itu pada Januari bagi mengekalkan program yang telah diatur sebelum membuat penyesuaian semula.

Majlis Sukan Negara bagaimana pun tidak terkejut temasya dwi tahunan itu yang sepatutnya berlangsung pada 25 Januari nanti ditunda kepada Mac berikutan ketiadaan dana yang mencukupi dialami Pesuruhjaya Sukan Filipina untuk menganjurkannya bulan depan.

Ini kerana negara tuan rumah Filipina sendiri sudah berdepan banyak masalah dan kesukaran semasa menganjurkan Sukan Sea bagi atlet normal yang berakhir minggu lalu.

Tindakan terbaru yang diambil menjejaskan semua negara termasuk program persediaan atlet negara memandangkan berbaki tiga minggu saja lagi.

Justeru perjumpaan akan diadakan bagi memberi penerangan tentang pelan terbaru program yang dirancang.