Home / Lain - Lain / MRU TIDAK TAGIH KHIDMAT PEMAIN NATURALISASI

MRU TIDAK TAGIH KHIDMAT PEMAIN NATURALISASI

Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) tidak bercadang untuk menggunakan khidmat pemain naturalisasi dalam skuad ragbi 7S negara.

Menurut presidennya Datuk Shahrul Zaman Yahya walaupun beberapa negara Asia sudah pun menggunakan khidmat pemain asing namun pihaknya lebih memberi keutamaan kepada pemain tempatan untuk membawa nama negara di pentas antarabangsa.

Datuk Shahrul berkata demikian selepas hadir pada mesyuarat bedah siasat Sukan SEA Filipina 2019 di Majlis Sukan Negara (MSN).

MRU diminta memperincikan kegagalan sebenar skuad ragbi 7S di temasya dwitahunan lalu selepas hanya membawa pulang satu pingat perak dan satu pingat gangsa.

Berdasarkan penilaian awal MRU badan induk induk mendapati tuan rumah Filipina mempertaruhkan beberapa pemain naturalisasi dan ia jelas menyukarkan pemain negara.

Namun pengambilan pemain naturalisasi bukanlah penyelesaian sebenar menjelang Sukan SEA Vietnam 2021 nanti.

Selain MRU, Taekwando Malaysia (TM) dan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) antara yang dipanggil pada mesyuarat bedah siasat.

Skuad taekwando kebangsaan menghadiahkan satu pingat emas, dua perak dan lima gangsa sementara pasukan sepak takraw negara mengutip 2 perak dan satu gangsa.