Home / Lain - Lain / MRU BERI BAYANGAN BAKAL KEMBALI ANJURKAN RAGBI PIALA AGONG

MRU BERI BAYANGAN BAKAL KEMBALI ANJURKAN RAGBI PIALA AGONG

Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) bakal membuat pusingan U bakal menganjurkan kejohanan ragbi Piala Agong 2020.

Perkara itu diputuskan hasil mesyuarat exco MRU yang berlangsung lebih empat jam malam semalam.

Keputusan yang dibuat MRU nyata merancangkan kembali arena ragbi negara yang lama suram dari aktiviti mahupun pertandingan akibat pandemik Covid-19.

Keputusan untuk kembali menganjurkan kejohanan selaras dengan pembukaan sektor sukan fasa 3 dan 4 yang diumumkan kerajaan jumaat lepas.

MRU masih belum dapat menentukan tarikh yang tepat kejohanan-kejohanan yang bakal berlangsung memandangkan beberapa aspek terutamanya SOP perlu diteliti terlebih dahulu.

MRU akan mengadakan pertemuan bersama Kementerian Belia dan Sukan dalam masa terdekat bagi mendapatkan perancangan terperinci mengenai SOP kejohanan dan pertandingan ragbi yang akan diadakan.

Dalam pada itu MRU masih menunggu kata putus dari Asia Rugby bagi penganjuran kejohanan ragbi Asia Division Premier (ARC) yang sepatutnya bermula bulan Mei lalu.

Tarikh baharu kejohanan dijangka pada hujung tahun ini bergantung kepada AR hasil perbincangan yang bakal diadakan pada September ini.