Home / Lain - Lain / MPM MENGGUNAPAKAI KAEDAH RTT BAGI MEMASTIKAN LATIHAN ATLET PARA BERLANGSUNG SEPERTI DIRANCANG

MPM MENGGUNAPAKAI KAEDAH RTT BAGI MEMASTIKAN LATIHAN ATLET PARA BERLANGSUNG SEPERTI DIRANCANG

Menggunapakai kaedah Road To Tokyo (RTT) atlet paralimpik negara turut ditempatkan di Majlis Sukan Negara (MSN) bagi mengurangkan pergerakan dan kontek dengan pihak luar.

Satu mekanisme baharu perlu diketengahkan selepas ini sekiranya prestasi mendatar terus dipamerkan atlet-atlet negara berikutan ketiadaan kejohanan kompetitif berkemungkinan sehingga penghujung tahun.

Hampir 200 atlet dan pegawai bagi sukan para kini ditempatkan di Majlis Sukan Negara (MSN) untuk tempuh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam tempoh dua minggu ini.

Sesi latihan tetap berjalan seperti biasa cuma kontek dengan pihak luar dikurangkan berbanding sebelum ini.

Bagi presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin ia langkah yang amat baik dalam mengekang penularan pandemik Covid-19 terutamanya terhadap atlet-atlet para yang berisiko tinggi sekiranya mereka terdedah kepada virus ini.

Kebimbingan kini lebih terarah kepada prestasi atlet-atlet negara sekiranya kaedah yang sama kekal.

Dalam perancangan MPM bercadang untuk menganjurkan Karnival Sukan Para Asean dijadualkan berlangsung di Sarawak Mac tahun depan.