Home / Lain - Lain / MPM GESA VIETNAM MEMPERTANDINGKAN 18 JENIS SUKAN

MPM GESA VIETNAM MEMPERTANDINGKAN 18 JENIS SUKAN

Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menggesa Vietnam selaku tuan rumah Sukan Para 2021 untuk mengkaji semula niat untuk hanya mempertandingkan 11 jenis sukan pada temasya itu nanti.

Menurut Presiden MPM Datuk Seri Megat D.Shahriman Zaharuddin badan induk itu perlu mempertandingkan sekurang-kurangnya 18 jenis sukan bagi membolehkan atlet para dari setiap sukan mempunya platform untuk memperagakan kehebatan mereka.

Pihaknya sedia memberi idea dan solusi kepada Vietnam untuk mengekalkan kos penganjuran pada tahap yang rendah jika tuan rumah Sukan Para Asean itu bersetuju untuk mempertandingkan 18 jenis sukan.

Berdasarkan kajian Pernyataan Minat (Expression of Interest) terdapat sukan yang tidak dipertandingkan antaranya berbasikal, bola sepak Cerebral Palsy (CP), bola keranjang berkerusi roda, dan tenpin boling telah mendapat pengesahan minat penyertaan daripada tujuh (7 negara), namun tidak disenaraikan.

Manakala sukan seperti tenis berkerusi roda (4 negara) dan judo (5 negara) telah disenaraikan.

MPM percaya sukan berbasikal trek dan lebuhraya, tenpin boling dan bola sepak CP yang mana kebanyakan negara mempunyai kekuatan seimbang sepatutnya dipertandingkan.

Oleh yang demikian MPM berharap supaya pihak APSF dapat mempertimbangkan untuk membawa cadangan ini ke mesyuarat BoG nanti.