Home / Lain - Lain / MPM AKAN BEKERJASAMA DENGAN BANDAR MIYOSHI BAGI PROGRAM PERTUKARAN BUDAYA DAN SUKAN

MPM AKAN BEKERJASAMA DENGAN BANDAR MIYOSHI BAGI PROGRAM PERTUKARAN BUDAYA DAN SUKAN

Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menjalin kerjasama dengan bandar Miyoshi bagi program pertukaran budaya dan sukan menjelang sukan paralimpik Tokyo 2020.

Program ini membolehkan atlet paralimpik menjadi latihan awal di bandar yOS yang akan menjadi venue beberapa acara paralimpik nanti.

Perbincangan mengenai program itu berlangsung di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kg Pandan Kuala Lumpur diantara presiden MPM Datuk Seri Megat D Shariman Zaharudin bersama datuk bandar Miyoshi Isao Hayashi.

Program ini akan menjadi pusat latihan terakhir atlet paralimpik yang akan bersaing di paralimpik Tokyo Ogos ini.

Ia juga membolehkan kontinjen negara berkongsi idea mengenai kelengkapan sukan dan teknologi untuk atlet para yang disediakan di bandar Miyoshi.

Sukan Paralimpik Tokyo akan berlangsung pada 25 Ogos hingga 6 September nanti.