Home / Lain - Lain / MOM tuntut penjelasan dari penganjur

MOM tuntut penjelasan dari penganjur

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mahu penjelasan berhubung kegagalan atlet olahraga negara beraksi pada Sukan Universiti Dunia di Italy.

Setiausaha Agungnya berkata perkara seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Tambahannya punca kejadian perlu diketahui supaya ia tidak berulang di masa akan datang.

Sementara itu, Ketua Delegasi Malaysia ke kejohanan itu memaklumkan masalah teknikal dan dasar tuan rumah merupakan punca kejadian berlaku.

Jelasnya bukan saja Malaysia malah beberapa negara lain termasuk Arab Saudi, Brazil dan India turut berdepan masalah yang sama.