Home / Lain - Lain / MOM puas hati komitmen jitu persatuan sukan

MOM puas hati komitmen jitu persatuan sukan

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) nyata berpuas hati dengan semangat persatuan sukan kebangsaan dalam penyediaan atlet masing-masing ke temasya edisi ke-30 itu nanti termasuk persatuan yang menghantar atlet dalam kategori B iaitu menerusi perbelanjaan sendiri.

Difahamkan beberapa persatuan sukan sudah mengambil langkah proaktif apabila tampil melunaskan pembayaran deposit 50% iaitu nilai peruntukan untuk melayakan atlet mereka bertanding.

Jelas Presiden MOM Datuk Mohamad Norza Zakaria pemilihan atlet kategori B telah diperketatkan akibat prestasi buruk atlet kategori itu di Sukan Asia Indonesia tahun lalu.

Bagaimana pun perbelanjaan atlet kategori B akan dibayar semula sekiranya mereka berjaya meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa.

Antara sukan yang diletakkan dalam kategori B termasuklah sukan baharu dipertandingkan di Filipina seperti kickboxing, e-sport, hoki air dan sukan tempuh halangan.