Home / Lain - Lain / MOM DAN MPM LEGA DENGAN PENANGGUHAN TEMASYA OLIMPIK 2020

MOM DAN MPM LEGA DENGAN PENANGGUHAN TEMASYA OLIMPIK 2020

Dato Sri Norza Zakaria selaku presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) lega dengan keputusan penangguhan Olimpik yang diambil Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan penganjur Jepun.

Jelas beliau MOM akan membincangkan implikasi penundaan itu bersama Menteri Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara dalam masa terdekat.

MOM akur ini jalan yang terbaik untuk semua kontinjen bertanding dan percaya peluang untuk atlet negara beraksi dalam temasya itu tetap akan ada.

Menurut Dato Seri Norza lagi menjadi tanggungjawab mereka membantu kerajaan membendung pandemik ini demi menjaga kesihatan dan keselamtatan atlet negara.

Turut menyambut khabar penangguhan ini adalah Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menerusi kenyataan media dengan menyokong penuh keputusan yang telah dibuat IOC untuk menangguhkan Sukan Olimpik yang dijadualkan pada 25 September kepada tahun 2021.

Menurut presiden MPM Datuk Seri Megat D Shariman penangguhan ini adalah bertepatan dengan penularan global wabak Covid-19 yang masih belum reda.

Sehingga hari ini terdapat sebanyak 382,000 kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia dan angka itu makin meningkat dengan mendadak.