Home / Golf / #MMC – Gavin bersedia untuk mengaum !

#MMC – Gavin bersedia untuk mengaum !

Gavin Green semasa bercakap kepada wartawan dalam sidang media sebelum kejohanan bermula. Gambar oleh Arcis Communications

Gavin Green semasa bercakap kepada wartawan dalam sidang media sebelum kejohanan bermula. Gambar oleh Arcis Communications

KUALA LUMPUR, 15 Februari 2016 : Pemain golf negara, Gavin Green telah bersedia untuk tampil memberi aksi terbaik beliau apabila beraksi di Kejohanan Golf Maybank Championship Malaysia (MMC) yang akan bermula pada hari Khamis ini di Kelab Golf Diraja Selangor, Kuala Lumpur.

Gavin yang baru beralih menjadi pemain golf profesional pada awal tahun ini, membayangkan cabaran sengit yang menanti beliau apabila bakal bersaing dengan barisan pemain terkemuka dunia seperti Danny Willett dari England, Louis Oosthuizen dari South Africa, Martin Kaymer dari Jerman and bintang tempatan Danny Chia and Nicholas Fung.

“Ia bukan sesuatu yang mudah apabila menjadi pemain profesional. Ianya sangat berbeza kerana kini semuanya saya uruskan secara sendiri berbeza di kala saya menjadi pemain amatur. Satu perubahan yang amat besar namun ianya adalah impian saya untuk bergelar pemain profesional”- ujar Gavin.

Gavin yang mendapat bimbingan jurulatih Chris O’Connell, jurulatih yang membimbing bintang Jelajah PGA, Matt Kuchar merasakan beliau telah membuat persediaan yang cukup bagi menghadapi kejohanan kali ini.

“Saya selalu mencari sesuatu yang boleh mengekalkan rentak ayunan saya dan apabila mendapat bimbingan dari Chris saya dapat merasakan konsistensi yang ada dalam setiap ayunan saya. Setiap kejohanan yang saya sertai, sudah pasti saya inginkan kejuaraan namun ianya bukan mudah namun saya yakin saya ke arah mencipta kejuaraan’ – ujar Gavin, 22tahun, yang juga merupakan pemain tajaan Maybank.

#Arcis Communications