Home / Bola Sepak / MKN TETAP PENDIRIAN TIDAK MEMBENARKAN JDT TERBANG KE DOHA

MKN TETAP PENDIRIAN TIDAK MEMBENARKAN JDT TERBANG KE DOHA

Majlis Keselamatan Negara (MKN) tetap mengulangi pendirian yang sama untuk tidak membenarkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terbang ke Dona Qatar untuk bagi kempen Juara Juara Liga Asia (ACL).

Natijahnya berkemungkinan besar skuad JDT bakal didenda USD$ 50,000 oleh Konfeferasi Bola Sepak Asia (AFC) jika menarik diri.

Tambah Datuk Seri Ismail Sabri halangan ke luar negara bagi pasukan JDT adalah disebabkan ia kini dalam tempuh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Jelas beliau lagi situasi berbeza buat pelumba motor negara yang dibenarkan berlepas ke luar negara untuk menyertai kejohanan MotoGP Dunia dan eropah Jun lalu ketika negara dalam tempuh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Ketika kerajaan telah menolak rayuan juara tujuh kali Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengambil bahagian pada baki saingan Juara Juara Asia (ACL) yang akan berlangsung di Doha Qatar penganjur Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) masih mengharapkan wakil tunggal negara itu dibenarkan untuk beraksi.

Menurut Datuk Windsor AFC tidak mempunya kuasa untuk melangkaui arahan kerajaan yang tidak membenarkan JDT terbang ke Doha.

Meskipun jelas berdasarkan Perkara 6.2 Peraturan Kejohanan AFC mana-mana pasukan yang menarik diri boleh didenda sehingga USD$ 50,000 atau bersamaan RM206,400 dan penggantungan selama dua edisi.

Namun Datuk Windsor berkata ia akan diputuskan dalam tempuh selewat-lewatnya 14 hari mengikut budi bicara Jawatankuasa Pertandingan dan Jawatankuasa Disiplin AFC jika didapati bersalah.

Baki kempen Juara Liga Liga Asia akan bermula pada 18 November hingga 13 Disember dengan menyaksikan JDT berada di kedudukan kedua kumpulan G mengumpul tiga mata menerusi satu kemenangan dan sekali tewas.

Sementara itu Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi berikutan pengumuman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkenaan penarikan diri badan gabungannya JDT bagi baki saingan Liga Juara Juara Asia (ACL).

Berdasarkan peraturan perlawanan Artikel 6.1 dan 6.2.1 semua aksi JDT di batalkan dan jumlah mata dan jaringan juga tidak akan digunapakai untuk kedudukan ranking dalam Kumpulan G.

Ini menyaksikan hanya tiga pasukan sahaja yang akan meneruskan saingan iaitu wakil Jepun Vissel Kobe, Guangzhou Evergrande FC (China) dan Suwon Samsung Bluewings (KOR).