Home / Lain - Lain / Misi Bantuan Banjir SAM berjaya !

Misi Bantuan Banjir SAM berjaya !

Hafizal Hamad menyampaikan sumbangan kepada Ketua Kampung Pedah sambil disaksikan oleh Naib Presiden SAM, Izahar Atan (kiri)  dan wakil SAM, Arep Kulal (tengah)

Hafizal Hamad menyampaikan sumbangan kepada Ketua Kampung Pedah sambil disaksikan oleh Naib Presiden SAM, Izahar Atan (kiri) dan ahli SAM, Arep Kulal (tengah). Gambar oleh Syamil Rosli | Dunia Sukan

Persatuan Penulis Sukan Malaysia, (SAM) membuktikan bahawa mereka prihatin dan mampu menyumbang sesuatu disaat Pantai Timur di landa bencana apabila melancarkan Misi Bantuan Mangsa Banjir – ‘ Kami Bersama Anda ‘ bagi membantu mangsa-mangsa banjir di daerah Jerantut, Pahang pada minggu lalu.

Misi yang bermula dengan sessi pengumpulan barang-barang sumbangan dan disertai dengan konvoi ke Bandar Jerantut pada keesokkan harinya membawa mereka melawati perkampungan yang teruk dilanda banjir di daerah Jerantut antaranya Kampung Pedah, Merting, Labu, Pasir Chebong, Pasir Durian, Pasir Tambang dan Ulu Rentang.

Menurut Hafizal Hamad selaku Pengarah Projek, SAM prihatin dan terpanggil untuk melakukan sesuatu bagi meringankan mangsa-mangsa banjir dan bersyukur kerana misi kali ini mendapat sokongan penuh dari Presiden SAM, Sdr Ahmad Khawari Isa dan ahli-ahli SAM yang lain.

“Saya amat berterima kasih kepada Presiden SAM, rakan-rakan SAM, pemain-pemain SAM FC, SMK Subang Bestari, Nestle, Majlis Sukan Negara, Astro ARENA, TV3, RTM dan rakan-rakan media yang lain yang bersama-sama membantu menjayakan misi ini. Saya juga berterima kasih kepada SAM Sdn Bhd yang bersetuju menaja pengangkutan ke Jerantut bagi membolehkan kami mengangkut barang-barang yang disumbangkan. Tanpa bantuan dari semua pihak misi ini tidak akan berjaya dan sudah pasti melihat kesengsaraan dan penderitaan mangsa-mangsa banjir, ianya memberi keinsafan kepada kami. Kami harap dengan bantuan yang kecil ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung mereka’-ujar Hafizal.

Turut serta dalam konvoi Misi Bantuan Banjir ialah dua naib presiden SAM, Ismadi Abdul Manap dan Izahar Atan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*