Home / Badminton / Misbun dampingi Lee Zii Jia

Misbun dampingi Lee Zii Jia

Pengarah Kejurulatihan BAM Wong Choong Hann megesahkan perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia akan ditemani Datuk Misbun Sidek bagi menghadapi tiga kejohanan besar mulai selasa depan.

Wong Choong Hann berkata walaupun Zii Jia kini di bawah kendalian jurulatih Hendrawan, percaturan awal mengenai ketiga-tiga kejohanan itu telah pun dilakukan dan ia akan dikekalkan.

Zii Jia merupakan wakil tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki pada Terbuka Indonesia dan Terbuka Jepun sebelum disertai Cheam June Wei dan Soong Joo Ven bagi beraksi pada Terbuka Thailand di Bangkok pada 30 Julai hingga 4 Ogos.

Dalam pada itu juga Choong Han menuntut pemain-pemain negara memiliki mampu mencipta kejutan setiap kali diberikan peluang beraksi dalam kejohanan dalam usaha merapatkan jurang dengan pemain bertaraf dunia.